Sunday 16 October 2011

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)

laman web SAPS - http://saps.moe.gov.my

Sistem ini diwujudkan untuk kemudahan kepada pengguna-pengguna di setiap peringkat warga KPM (sekolah, PPD dan JPN) supaya boleh melaksanakan tugas-tugas Pengumpulan data secara yang lebih sistematik dan praktikal berkaitan, Head count, Data mata pelajaran, Enrolmen murid, Data guru mata pelajaran, Profil sekolah.
Berita baik untuk ibu bapa dan penjaga, kini anda boleh melihat slip keputusan peperiksaan anak anda secara online melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)Diharap sistem ini akan memudahkan lagi ibu bapa untuk memantau prestasi akademik anak masing-masing.

Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk melihat slip keputusan peperiksaan anak anda secara online :

1. Pergi ke laman web SAPS - http://saps.moe.gov.my. Kemudian, click di bahagianSemakan Ibu Bapa


2. Masukkan No. Sijil Lahir / No. K/P Pelajar  (TANPA "-" atau "SPACE") dan pilih sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah. Kemudian, click perkataan Semak.


3. Paparan berikutnya menunjukkan maklumat sekolah dan no. telefon, no. k/p, nama murid, tahun/tingkatan dan kelas. Anda boleh memilih  jenis peperiksaan untuk melihat slip keputusan. Kemudian, click Papar Slip


Contoh slip keputusan pelajar
Anda juga boleh melihat analisis markah dengan cara click perkataan Papar Analisa

Contoh analisa keputusan pelajar
 Slip keputusan dan analisa markah ini boleh dicetak dengan cara click perkataan Cetak.

23/9/2011 : Semakan Ibu Bapa masih dalam tempoh percubaan

sumber dari ciklaili.com

No comments:

Post a Comment